Friday, 29 May 2015

Peperiksaan di Universiti Yarmouk , Jordan

Assalamualaikum

Pasti ramai yang tertanya , bagaimana sistem peperiksaan di universiti-universiti luar negara , khususnya timur tengah .

Semasa aku menulis entri kali ini , aku sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi semester kedua untuk tahun pengajian yang kedua .

Masa peperiksaan pun ada masa untuk tulis entri ?

Come on . Selingan jer entri ni.

Peperiksaan di Universiti Yarmouk terbahagi kepada 3 . Imtihan awal ( awal ) , imtihan thani ( kedua ) dan nihaie ( final ) .

Pembahagian markah biasany akan dibahagi kepada nisbah 2:2:5 dan baki satu lago bahagian akan dikira berdasarkan penyertaan kita di dalam kelas . Sebahagian pensyarah ada yang meletakkan kehadiran sebagai penanda aras bagi baki 10 markah tersebut .

Secara mudahnya , kita akan ada 3 peperikasaan . Jika dah mula imtihan awal , maka akan berderetlah imtihan sehingga ke akhir semester .

Satu kelebihan sistem imtihan 3 fasa ini adalah mengajar mahasiswa untuk bukak buku dan baca . Kenapa saya katakan sebegitu ?
Pelajar degree di Jordan , tiada assignment ,tutorial mahupun presentation .

Terkejut ? Tak usah terkejut .
Kerja sekolah sikit-sikit tu adalah dan ia bergantung kepada pensyarah yang ada kesedaran nak penuhkan masa pelajar .

Kebiasannya , peperiksaan final akan bermula 2 minggu sebelum semester tamat . Dan selalunya , para pensyarah akan tamatkan kelas seminggu sebelum bermulanya peperiksaan final .

Itu sahaja yang nak saya coretkan. Buat yang baca entri ini , ambillah maklumat ini dan kajilah sama ada sistem ini sesuai untuk kita aplikasikan di universiti-universiti di Malaysia mahupun tidak .

Salam Rahmah :)

Thursday, 7 May 2015

Kematangan

Bila belek semula semua status-status Facebook yang pernah aku tulis , tulisan lama dalam blog & moments wechat , boleh dilampirkan dan dikepilkan utk hasilkan satu buku di bawah judul , TAK MATANG .

Perlu ke utk matang ? Terlalu serius dan tiada tolak ansur ?

Perlu . Matang dalam berfikir .

Bilamana kita matangkan fikiran kita , i.allah , ianya akan membuahkan satu tindakan yg baik.

Cerita hari ini.

Kelas Nazori Kulli , Dr Najib .
Dr bagi markah dan mulakan dgn leteran nasihat .

Banyak kesalahan bahasa dan Dr sendiri tak faham apa yg ingin disampaikan rungut beliau.
Rupanya kertas itu milik pelajar arab yg pada mulanya disangka kepunyaan pelajar Melayu .

Dari awal semester sehingga sekarang ( imtihan kedua ) , Dr tak habis menekankan kepentingan bahasa .

Kuatkan bahasa arab .
Sebahagian pelajar Melayu lemah dalam bahasa arab dan tak dinafikan ramai juga yang menguasai dengan baik.

Bahasa arab , kalau lebih kesungguhan dan kejuhudan kita letak dalam mempelajarinya tak lupa ikhlas , i.allah akan jadi mudah.

Thursday, 1 January 2015

Selamat Tinggal 'teen'

1.1.15

Secara tidak rasmi , dah menjangkau ke umur 20.

Habis kelas petang tadi , aku bergegas tunaikan solat asar. Waktu muhadarah yg sepatutnya habis pada jam 3.30 ptg dihabiskan awal oleh doktor.

Kelas tadi adalah kelas terakhir utk subjek Iqtisod Islami pada sem ini. Subjek ini diajar oleh doktor yg sama yg mengajar aku pada kelas jam 11.00 pagi.

Aku capai telefon bimbit 5 inci milikku lalu mendail nombor Mahfudz.

" Weyh , aku dtg rumah kau. Kita gerak sama-sama "
" Okay " jawab Mahfudz .

Tepat jam 3.45 ptg kami sampai ke destinasi yg dijanjikan.

Kali ini , giliran aku bersama beberapa org rakan memilih Ahji Majlis Mesyuarat (AMM) MMY. Satu organisasi kecil pelajar Malaysia yg mengurus pelajar-pelajar Melayu di Universiti Yarmouk.

Satu demi satu nama kami teliti. Dek kerana kekangan masa , kami hanya membuat temuduga di atas talian.

Nama-nama yg ditapis kami hubungi seorang demi seorang.

Kebanyakan pelajar yg mengisi nama utk menjadi AMM terdiri drpd mereka yg hendak menyumbang dlm komuniti. Kerelaan mereka ini aku kira harus dibanggakan kerana sanggup mencalonkan diri utk berkhidmat.

Lebih kurang setahun aku pegang title HEM MMY. Mengurus hal ehwal mahasiswa di sini. Tidak dinafikan , kdg - kdg kita perlu berkorban pelbagai benda. Kadang masa kita terpaksa bahagikan utk org lain.

Bagi aku , jika selesai satu urusan itu cukup utk puaskan hati ini.

Pernah terlintas di benak fikiran , kalau lah aku hidup , tanpa aku beri manfaat kpd org lain , lebih baik aku mati.

Sebaik manusia , memberi menfaat kpd org lain .

Selesai mesyuarat memilih AMM , aku hidupkan telefon bimbit yg dari tadi aku ketepikan. Terus aku buka aplikasi facebook yg berada di skrin utama telefon.

Officially 20. 
No more teen.
Yeay , dah masuk dua puluhan.

Ah sudah. Baru aku terigt , esok masuk tahun baru masihi.

Masa yg singkat menyebabkan aku abaikan status-status meraikan tahun baru.

Pemilihan berjalan dgn lancar. Keputusan sudah dibuat.
Namun , hanya tuhan yg tahu.
Betapa aku malu utk bersama ahli yg lain.

Depan , aku putih
Belakang , aku hitam
Tak ubah seperti pelakon

Jalan ini mesti aku guna sebaiknya.

Sebelum tidur , sekali lagi aku belek telefon pintar yg selesai dicas.

" Dah masuk umur 20-an . Selalunya , tingkat umur ini akan ada peristiwa besar yg akn berlaku. Harapnya lepas ini aku akan hidup berteman "

Status ini mengetuk mata yg semakin layu.

Ah sudah.
Dia ni mcm dah tak lama.

Kawan sekolahku itu mmg gemar update status yg menembak. Tapi kali ini , mmg betul betul menembak aku.

Sebolehnya , aku nk hadiahkan umi kasih sayang tanpa belah bahagi selamanya.

Tapi , ini hidup.

Lumrahnya kena berpasangan.

Kadang kadang , boleh tergelak klu aku fikirkan.

Haih .

Semoga tuhan
Kekalkan azam ini
Tabahkan hati ini
Suburkan cinta ini
Tajamkan fikiran ini
Mapankan idea ini
Teguhkan perjuangan ini

Moga kekal rendah diri .