Thursday 1 January 2015

Selamat Tinggal 'teen'

1.1.15

Secara tidak rasmi , dah menjangkau ke umur 20.

Habis kelas petang tadi , aku bergegas tunaikan solat asar. Waktu muhadarah yg sepatutnya habis pada jam 3.30 ptg dihabiskan awal oleh doktor.

Kelas tadi adalah kelas terakhir utk subjek Iqtisod Islami pada sem ini. Subjek ini diajar oleh doktor yg sama yg mengajar aku pada kelas jam 11.00 pagi.

Aku capai telefon bimbit 5 inci milikku lalu mendail nombor Mahfudz.

" Weyh , aku dtg rumah kau. Kita gerak sama-sama "
" Okay " jawab Mahfudz .

Tepat jam 3.45 ptg kami sampai ke destinasi yg dijanjikan.

Kali ini , giliran aku bersama beberapa org rakan memilih Ahji Majlis Mesyuarat (AMM) MMY. Satu organisasi kecil pelajar Malaysia yg mengurus pelajar-pelajar Melayu di Universiti Yarmouk.

Satu demi satu nama kami teliti. Dek kerana kekangan masa , kami hanya membuat temuduga di atas talian.

Nama-nama yg ditapis kami hubungi seorang demi seorang.

Kebanyakan pelajar yg mengisi nama utk menjadi AMM terdiri drpd mereka yg hendak menyumbang dlm komuniti. Kerelaan mereka ini aku kira harus dibanggakan kerana sanggup mencalonkan diri utk berkhidmat.

Lebih kurang setahun aku pegang title HEM MMY. Mengurus hal ehwal mahasiswa di sini. Tidak dinafikan , kdg - kdg kita perlu berkorban pelbagai benda. Kadang masa kita terpaksa bahagikan utk org lain.

Bagi aku , jika selesai satu urusan itu cukup utk puaskan hati ini.

Pernah terlintas di benak fikiran , kalau lah aku hidup , tanpa aku beri manfaat kpd org lain , lebih baik aku mati.

Sebaik manusia , memberi menfaat kpd org lain .

Selesai mesyuarat memilih AMM , aku hidupkan telefon bimbit yg dari tadi aku ketepikan. Terus aku buka aplikasi facebook yg berada di skrin utama telefon.

Officially 20. 
No more teen.
Yeay , dah masuk dua puluhan.

Ah sudah. Baru aku terigt , esok masuk tahun baru masihi.

Masa yg singkat menyebabkan aku abaikan status-status meraikan tahun baru.

Pemilihan berjalan dgn lancar. Keputusan sudah dibuat.
Namun , hanya tuhan yg tahu.
Betapa aku malu utk bersama ahli yg lain.

Depan , aku putih
Belakang , aku hitam
Tak ubah seperti pelakon

Jalan ini mesti aku guna sebaiknya.

Sebelum tidur , sekali lagi aku belek telefon pintar yg selesai dicas.

" Dah masuk umur 20-an . Selalunya , tingkat umur ini akan ada peristiwa besar yg akn berlaku. Harapnya lepas ini aku akan hidup berteman "

Status ini mengetuk mata yg semakin layu.

Ah sudah.
Dia ni mcm dah tak lama.

Kawan sekolahku itu mmg gemar update status yg menembak. Tapi kali ini , mmg betul betul menembak aku.

Sebolehnya , aku nk hadiahkan umi kasih sayang tanpa belah bahagi selamanya.

Tapi , ini hidup.

Lumrahnya kena berpasangan.

Kadang kadang , boleh tergelak klu aku fikirkan.

Haih .

Semoga tuhan
Kekalkan azam ini
Tabahkan hati ini
Suburkan cinta ini
Tajamkan fikiran ini
Mapankan idea ini
Teguhkan perjuangan ini

Moga kekal rendah diri .