Friday, 29 May 2015

Peperiksaan di Universiti Yarmouk , Jordan

Assalamualaikum

Pasti ramai yang tertanya , bagaimana sistem peperiksaan di universiti-universiti luar negara , khususnya timur tengah .

Semasa aku menulis entri kali ini , aku sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi semester kedua untuk tahun pengajian yang kedua .

Masa peperiksaan pun ada masa untuk tulis entri ?

Come on . Selingan jer entri ni.

Peperiksaan di Universiti Yarmouk terbahagi kepada 3 . Imtihan awal ( awal ) , imtihan thani ( kedua ) dan nihaie ( final ) .

Pembahagian markah biasany akan dibahagi kepada nisbah 2:2:5 dan baki satu lago bahagian akan dikira berdasarkan penyertaan kita di dalam kelas . Sebahagian pensyarah ada yang meletakkan kehadiran sebagai penanda aras bagi baki 10 markah tersebut .

Secara mudahnya , kita akan ada 3 peperikasaan . Jika dah mula imtihan awal , maka akan berderetlah imtihan sehingga ke akhir semester .

Satu kelebihan sistem imtihan 3 fasa ini adalah mengajar mahasiswa untuk bukak buku dan baca . Kenapa saya katakan sebegitu ?
Pelajar degree di Jordan , tiada assignment ,tutorial mahupun presentation .

Terkejut ? Tak usah terkejut .
Kerja sekolah sikit-sikit tu adalah dan ia bergantung kepada pensyarah yang ada kesedaran nak penuhkan masa pelajar .

Kebiasannya , peperiksaan final akan bermula 2 minggu sebelum semester tamat . Dan selalunya , para pensyarah akan tamatkan kelas seminggu sebelum bermulanya peperiksaan final .

Itu sahaja yang nak saya coretkan. Buat yang baca entri ini , ambillah maklumat ini dan kajilah sama ada sistem ini sesuai untuk kita aplikasikan di universiti-universiti di Malaysia mahupun tidak .

Salam Rahmah :)

No comments:

Post a Comment