Saturday 17 December 2016

Aura positif

Sebaik manusia ialah orang yang bermanfaat terhadap orang lain.

Satu kata-kata yang amat mudah dan ringkas tetapi ianya merangkumi segenap sudut hidup manusia.

Seharusnya setiap daripada kita perlu letak dalam diri supaya menjadi orang yang bermanfaat.

Saat aku tulis coretan ini, aku rasa perlu ada perubahan yang aku kena buat untuk diri.

Ya, semua orang nak bermanfaat terhadap orang lain. Tetapi bagaimana?

Andai kita cinta akan berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan orang lain, suka untuk memberi sudut pandang kita terhadap sesuatu isu dan perkara, maka kita tak boleh tidak untuk membaca dan terus membaca.

Aku kira, membaca dan berkongsi harus seiring dan sama-sama bergerak laju dalam membentuk sebuah peribadi yang matang dan terkehadapan dalam sudut ilmu pengetahuan.

Caranya mudah, kita kuasai secara mendalam bidang yang kita ceburi sedalamnya.

Perkongsian tak terperangkap dalam skop percakapan atau lisan semata. Tulisan juga salah satu cara.

Menulis bagi berkongsi sudut pandang kita terhadap sesuatu isu atau perkara dengan adil dan berakhlak.

Hidup yang singkat ini terlalu rugi untuk dibazirkan dengan sikap negatif dan gerak laku yang buruk.

Jadi, daripada kita menulis perkara yang negatif serta menjatuhkan air muka orang, adalah lebih baik untuk kita wujudkan satu aura positif serta persekitaran suci daripada hasad dan perkara negatif yang lain.

Tak lain tak bukan, tulisan ini aku tulis untuk diri sendiri.

Monday 3 October 2016

Kahwin a.k.a Baitul Muslim

Hari ni seharian aku berprogram dekat dewan Mu'tamarat Uni Yarmouk.

Seminar akta 303 Keluarga Islam. Anjuran Kelab peguam muda Jordan. Satu kelab yang mendalami perundangan dekat Jordan ni.

Ni program pertama aku untuk sem akhir ni. Hurm. Menarik la jugak sebab aku rasa pada umur yang macam ni memang dah patut untuk aku ambil tahu pasal nikah kahwin.

Sebabkan dah lama tak tulis kat blog, so maaf lah ayat aku tak berapa lawa. Tapi aku nak kongsi juga dengan semua.

Apa yang dapat aku rumuskan dari seminar hari ni, akta kita dah cukup lengkap. Okay itu untuk penerangan berkenaan perundangan la. Slot akhir program ada forum. Yang ni paling best. Sebab waktu akta tu bosan yang amat walaupun bermanfaat.

Forum tu panelnya semua dah berumahtangga. So, fair la untuk mereka cerita pasal bab ni kan.

Aku ringkaskan dalam bentuk point.

- Untuk bernikah, nak taknak kau kena pastikan kewangan kau dah stabil

Kewangan ni kalau untuk yang masih belajar memang belum stabil la kan. Unless kau ada berniaga jual apa-apa. Mungkin la kewangan tu stabil. Tapi untuk yang tak berniaga, korang dalam kategori tak stabil lagi.

Apa nak buat kalau kewangan belum stabil?
Stabilkan la.

Simpan niat murni tu dulu. Kerja dan stabilkan kewangan. Iya la kan, nanti nak sara bakal buah hati guna apa.

Guna daun?

Tapi kalau anak tokey balak kau terkeluar dalam list ni.

- Nikah mematangkan

Saat kau selesai ijab kabul, so get ready. Tanggungjawab jatuh sedebuk atas kau.
Kau akan mula galas macam-macam tanggungjawab.
No more main-main. Dalam kata lain, kau akan jadi matang. Really fast.

Perkahwinan ni akan bawa kau untuk kenal erti menjadi manusia muslim yang sebenar. Kau akan jadi ketua keluarga. Ketua kepada isteri a.k.a buah hati kau. Ketua kepada anak-anak. Wau. Semua ketua la senang cerita kau akan dapat. Ini bukan gila pangkat okay. Tapi kenyataan yang kau kena terima. You are now the leader for your family.

Hidup berdua nanti (saat taip ni masih solo), pemikiran kita sepatutnya menjadi lebih berkembang. Iya la kan, sebab dah makin matang. Perangai keanak-anakan tu boleh tinggalkan dah la.

- The real life

Masuk alam perkahwinan, ia akan didik kau jadi seseorang. Maksud aku, kalau sebelum ni kau hanya baca pengalaman orang ataupun teori rumahtangga. Sekarang, it's time for you untuk praktikkan. Amali time !

Mesti ada persefahaman. Mesti ada tolak ansur. Mesti ada toleransi.

Waktu sebelum kau nikah (bercinta), boleh la nak sembang kemaih yang nak masak sama-sama la, nak buat semua benda sama-sama la, everything sweet la katakan bersama. Tapi lepas dah masuk alam ni nanti, kau jangan lupakan impian sebelum kahwin kau tu.

Realisasikan !

Tak dapat dinafikan, akan ada pasang surut dalam alam ni. Tapi kita kena bijak atasinya.

Kalau bagi aku, benda yang cukup mudah.

Waktu kau kejar untuk dapatkan bunga kau tu, kemain bersungguh. Jadi apa alasan kau untuk bazirkan usaha kau selama ini dengan tak mengalah waktu kau bersengketa nanti.

Jangan risau. Semua masalah ada penyelesaiannya. Mohon pada tuhan. Kau tu hamba.



Aku dah tak larat nak tulis panjang. Esok kelas pukul 8.00 pagi.

Walaupun jauh lagi untuk aku masuk ke alam ni, aku rasa aku kena siap sedia dari sekarang. Latih diri dari sekarang. Harapnya nanti tak culture shock. Doakan aku.


Ni aku belanja satu gambar. Sedap mamat ni tidur. Waktu ni kemuncak bosan. Sebab tu bergambar.

Sunday 19 June 2016

Cukup kuat? Atau hanya kaca?

Malam ini aku tergerak nak baca satu kumpulan tulisan lama oleh seorang sahabat.

Hari-hari sebelum ini memang menjadi tabiat aku untuk lihat perkembangan dirinya. Dari satu media sosial ke satu media sosial akan aku perhatikan.

Blog lama yang ditulis tahun 2013 dan 2014 masih lagi utuh untuk bacaan. Dan aku yakin dulu aku pernah baca tulisannya ini. Amat ringkas. Tapi disebalik tulisan itu ada 1001 maksud tersirat.

Ada yang pernah diceritakan kepada aku dan aku yakin masih ada yang belum aku tahu.

Tapi hati mana boleh jadi kaca betul? Kadang-kadang penyakit overthinking ni boleh jadi benda yang bahaya.

Sebab tu bila dah makin meningkat umur ni kita akan jumpa satu persatu cara utk atasi masalah yg ada.

Kalau aku, overthinking ini dapat aku atasi bila aku amik masa untuk berfikir. Tapi susah. Memang susah. Bukan satu penyelesaian yang cepat.

Bila lah mungkin dapat buang penyakit ni dalam diri.

Mungkin satu hari nanti.

Monday 23 May 2016

Exam di Universiti Yarmouk susah ?

Catatan 23 Mei 2016

Hari ni paper ke-4 aku untuk exam final sem kedua untuk tahun ke-3 pengajian. Kalau dekat Jordan ni kami tak guna sem 3,4,5 dan seterusnya. Istilah kami, fasal awal ( sem 1 ), fasal thani ( sem 2 ) dan fasal soifi ( sem pendek/sem musim panas ). Jadi smpi ke saat aku taip post kali ni, ada tinggal lagi 2 paper berbaki.

Rasa nak berkongsi dengan semua tentang bentuk exam di Universiti Yarmouk ni macam mana. Sebabnya, utk exam final ni rasa macam dah kena "ole" dengan pensyarah di Universiti. 

Untuk exam dekat Yarmouk ni, mungkin sistemya agak ketinggalan dari segi bentuk soalan berbanding dengan sistem di Malaysia. Apa yang beza? Apa yang ketinggalan ? Baik, aku akan cerita by point.

1. Kekerapan Exam & Pembahagian Markah

Kami akan exam 3 kali satu semester. Exam first, second dan final. Jarak antara exam first dengan second ni lebih kurang seminggu je atau paling lama pun dua minggu. Tapi dari second ke final tu lama lebih kurang sebulan juga. Pembahagian markah biasanya akan dibahagi macam ni, 20 markah untuk exam first, 20 markah untuk second dan 50 markah untuk final. 

Mana lagi 10markah? 

Baru 90 markah kalau total up semua, 10 lagi markah participation dalam kelas. Yup, participation. Mula-mula sampai dekat Jordan ni aku memang bisu lah dalam kelas. Tapi, by time aku ajar diri aku untuk buka mulut dalam kelas. Walaupun kadang-kadang kawan lain pandang slack, abaikan saja semua tu.

2. Betul atau salah

Exam biasanya Doktor ( kami panggil pensyarah dgn istilah doktor, walaupun certain dari mereka belum memperoleh phd, semoga allah merahmati mereka ) akan buat soalan soh khoto' ( betul salah ). Tentukan mana kenyataan yang betul dan mana yang salah serta betulkan mana yang kita tanda salah tu. Bunyi mudah kan ? Ni soalan biasa. Tapi bila mana ada 10 saja soalan, maka satu soalan akan bawa 2 markah. Andai kata salah dua tiga soalan, tak menganga tengok terbangnya markah tu?

3. Soalan Objektif

Soalan bentuk ni pun antara yang famous. Dan paling diharapkan oleh semua muka-muka budak melayu dan Arab. Iya, arab suka bulat-bulat ni sebab kebanyakan dari student Arab ni pemalass tanpa menafikan ada yang rajin. Hurm. Melayu pun ada yang malas ( tuju ke diri sendiri ).

4. Isi tempat kosong

Mesti ada yang terkejut, takkan dekat Universiti ada soalan bentuk macam ni kan? Iya, ada. Isi tempat kosong. Soalan bentuk macam ni masuk dalam kategori 50-50. Boleh jadi senang kalau yang dikeluarkan dari point yang diajar dan ditekankan dalam kelas. Tapi, kalau isi tempat kosong tu keluar soalan dari point yang doktor tak sentuh pun dalam kelas, maka wassalam untuk tempat kosong tu.

5. Nyatakan ( uzkur )

Bentuk ni pun antara yang masih dalam kategori mudah dan senang. Kalau soalan nyatakan, just nyatakan point-point penting. Tanpa perlu huraikan panjang-panjang. Kalau soalan bentuk macam ni budak Melayu still okay la. Suka dan mudah bagi mereka termasuk aku. 

6. Huraikan ( Syarah ) atau Subjektif

Bentuk yang paling disukai para doktor. Kalau soalan bentuk syarah dan huraikan ni antara yang paling berat untuk pelajar Melayu. Sebabnya apa ? Sebab kena tulis dalam bahasa arab. Takkan belajar negara Arab tak pandai tulis arab ? Itu bukan masalahnya. Bayangkan, dalam suasana exam yang penuh dengan tekanan kita nak zahirkan jawapan kita atas kertas soalan dalam bahasa ketiga kita, dalam masa yang sama cuba mengingat point-point penting yang nak dijawab, dan atas sebab ni ramai yang tersungkur dengan bentuk soalan syarah ni. 

7. Penandaan kertas exam 

Saja aku masukkan untuk cerita ttg cara doktor tanda. Dengar ni, kalau kau seorang yang pandai, skor markah penuh setiap exam dan final kau harapkan nak dapat full mark untuk madah ( subjek ) tu, okay tolong padamkan mimpi tu. Aku ada seorang senior, skorer tahap gunung Everest. Markah tinggi sebab dia mmg gifted plus rajin. He deserve the marks. Dapat markah, dia rujuk doktor. Semua soalan saya jawab betul, tapi kenapa markah 18 saja ? Itu markah maksimum yang saya boleh bagi. 
Maka, anda kena redha. Cerita ni memang betul terjadi dan aku dengar sendiri dari senior tu.


Kesimpulan 

Panjang post kali ni. Anyway, warna-warni yang macam ni lah yang buatkan aku dah mula putikkan rasa sayang dekat Yarmouk ni. Andai orang tanya, apa yang aku dapat dari belajar di sini, maka kasi aku sehari untuk aku cerita dengan dia apa yang aku dapat. Okay, dua paper lagi untuk diselesaikan. Iallah doakan yang terbaik !

Salam Juang !

Friday 13 May 2016

Tahun 3 Pengajian di Universiti Yarmouk

Dah lama tak tulis dekat sini. Blog yang lebih santai dan tak berapa berat. Saya suka untuk kongsi pengalaman di sini. Ouh, mohon lihat juga blog satu lagi, muaazrebid.wordpress.com .

Bila dah sampai ke semester kedua bagi tahun pengajian ke-3 , subjek-subjek yang tinggalboleh dikatakan semuanya perlukan kepada pembacaan yang insane. The whole subject needs to be read and remember.

Masalah saya, susah untuk ingat apa yang dah dibaca. Nak-nak lagi kitab arab, kita kena proses banyak benda. Iya la, mana tidaknya, pertama baca untuk faham. Kedua, bila dah faham kena hafal istilah arab. Dah hafal istilah arab, kena hafal point penting pula. Satu perjalanan yang amat berbeza kalau berada di dalam negara.

Booster untuk tahun 3 ni makin manis. Bila kita dah dekat untuk habiskan pengajian bagi ijazah sarjana muda. Niat di hati, nak sambung ke ijazah sarjana (master) . Mana taknya, untuk degree di Yarmouk ni bagi kos Ekonomi Perbankan Islam khasnya, masih kurang apa yang didedahkan kepada pelajar-pelajar. Kalau nak terus kerja, susah jugak lah. Tapi ada ramai ja senior-senior yang dapat tempat. And they are the one yang memang handal la.

Doakan saya, tinggal lagi satu sem pendek dan satu sem panjang di sini. Berjuang jauh dari keluarga ni banyak cabarannya. Lagi-lagi bila dengar khabar ayah yang disahkan menghidap kencing manis. Tuhan saja yang tahu betapa risaunya hati ini.

Tapi, as anak sulung, aku kena lawan perasan remeh ini. Fokus untuk buat yang terbaik dalam pelajaran dan hidup juga dalam dakwah dan tarbiah.

Untuk membumikan cita-cita dan impian umi untuk lihat anaknya ini memegang sijil Doktor Falsafah.

Iallah biizanillah