Monday, 23 May 2016

Exam di Universiti Yarmouk susah ?

Catatan 23 Mei 2016

Hari ni paper ke-4 aku untuk exam final sem kedua untuk tahun ke-3 pengajian. Kalau dekat Jordan ni kami tak guna sem 3,4,5 dan seterusnya. Istilah kami, fasal awal ( sem 1 ), fasal thani ( sem 2 ) dan fasal soifi ( sem pendek/sem musim panas ). Jadi smpi ke saat aku taip post kali ni, ada tinggal lagi 2 paper berbaki.

Rasa nak berkongsi dengan semua tentang bentuk exam di Universiti Yarmouk ni macam mana. Sebabnya, utk exam final ni rasa macam dah kena "ole" dengan pensyarah di Universiti. 

Untuk exam dekat Yarmouk ni, mungkin sistemya agak ketinggalan dari segi bentuk soalan berbanding dengan sistem di Malaysia. Apa yang beza? Apa yang ketinggalan ? Baik, aku akan cerita by point.

1. Kekerapan Exam & Pembahagian Markah

Kami akan exam 3 kali satu semester. Exam first, second dan final. Jarak antara exam first dengan second ni lebih kurang seminggu je atau paling lama pun dua minggu. Tapi dari second ke final tu lama lebih kurang sebulan juga. Pembahagian markah biasanya akan dibahagi macam ni, 20 markah untuk exam first, 20 markah untuk second dan 50 markah untuk final. 

Mana lagi 10markah? 

Baru 90 markah kalau total up semua, 10 lagi markah participation dalam kelas. Yup, participation. Mula-mula sampai dekat Jordan ni aku memang bisu lah dalam kelas. Tapi, by time aku ajar diri aku untuk buka mulut dalam kelas. Walaupun kadang-kadang kawan lain pandang slack, abaikan saja semua tu.

2. Betul atau salah

Exam biasanya Doktor ( kami panggil pensyarah dgn istilah doktor, walaupun certain dari mereka belum memperoleh phd, semoga allah merahmati mereka ) akan buat soalan soh khoto' ( betul salah ). Tentukan mana kenyataan yang betul dan mana yang salah serta betulkan mana yang kita tanda salah tu. Bunyi mudah kan ? Ni soalan biasa. Tapi bila mana ada 10 saja soalan, maka satu soalan akan bawa 2 markah. Andai kata salah dua tiga soalan, tak menganga tengok terbangnya markah tu?

3. Soalan Objektif

Soalan bentuk ni pun antara yang famous. Dan paling diharapkan oleh semua muka-muka budak melayu dan Arab. Iya, arab suka bulat-bulat ni sebab kebanyakan dari student Arab ni pemalass tanpa menafikan ada yang rajin. Hurm. Melayu pun ada yang malas ( tuju ke diri sendiri ).

4. Isi tempat kosong

Mesti ada yang terkejut, takkan dekat Universiti ada soalan bentuk macam ni kan? Iya, ada. Isi tempat kosong. Soalan bentuk macam ni masuk dalam kategori 50-50. Boleh jadi senang kalau yang dikeluarkan dari point yang diajar dan ditekankan dalam kelas. Tapi, kalau isi tempat kosong tu keluar soalan dari point yang doktor tak sentuh pun dalam kelas, maka wassalam untuk tempat kosong tu.

5. Nyatakan ( uzkur )

Bentuk ni pun antara yang masih dalam kategori mudah dan senang. Kalau soalan nyatakan, just nyatakan point-point penting. Tanpa perlu huraikan panjang-panjang. Kalau soalan bentuk macam ni budak Melayu still okay la. Suka dan mudah bagi mereka termasuk aku. 

6. Huraikan ( Syarah ) atau Subjektif

Bentuk yang paling disukai para doktor. Kalau soalan bentuk syarah dan huraikan ni antara yang paling berat untuk pelajar Melayu. Sebabnya apa ? Sebab kena tulis dalam bahasa arab. Takkan belajar negara Arab tak pandai tulis arab ? Itu bukan masalahnya. Bayangkan, dalam suasana exam yang penuh dengan tekanan kita nak zahirkan jawapan kita atas kertas soalan dalam bahasa ketiga kita, dalam masa yang sama cuba mengingat point-point penting yang nak dijawab, dan atas sebab ni ramai yang tersungkur dengan bentuk soalan syarah ni. 

7. Penandaan kertas exam 

Saja aku masukkan untuk cerita ttg cara doktor tanda. Dengar ni, kalau kau seorang yang pandai, skor markah penuh setiap exam dan final kau harapkan nak dapat full mark untuk madah ( subjek ) tu, okay tolong padamkan mimpi tu. Aku ada seorang senior, skorer tahap gunung Everest. Markah tinggi sebab dia mmg gifted plus rajin. He deserve the marks. Dapat markah, dia rujuk doktor. Semua soalan saya jawab betul, tapi kenapa markah 18 saja ? Itu markah maksimum yang saya boleh bagi. 
Maka, anda kena redha. Cerita ni memang betul terjadi dan aku dengar sendiri dari senior tu.


Kesimpulan 

Panjang post kali ni. Anyway, warna-warni yang macam ni lah yang buatkan aku dah mula putikkan rasa sayang dekat Yarmouk ni. Andai orang tanya, apa yang aku dapat dari belajar di sini, maka kasi aku sehari untuk aku cerita dengan dia apa yang aku dapat. Okay, dua paper lagi untuk diselesaikan. Iallah doakan yang terbaik !

Salam Juang !

Friday, 13 May 2016

Tahun 3 Pengajian di Universiti Yarmouk

Dah lama tak tulis dekat sini. Blog yang lebih santai dan tak berapa berat. Saya suka untuk kongsi pengalaman di sini. Ouh, mohon lihat juga blog satu lagi, muaazrebid.wordpress.com .

Bila dah sampai ke semester kedua bagi tahun pengajian ke-3 , subjek-subjek yang tinggalboleh dikatakan semuanya perlukan kepada pembacaan yang insane. The whole subject needs to be read and remember.

Masalah saya, susah untuk ingat apa yang dah dibaca. Nak-nak lagi kitab arab, kita kena proses banyak benda. Iya la, mana tidaknya, pertama baca untuk faham. Kedua, bila dah faham kena hafal istilah arab. Dah hafal istilah arab, kena hafal point penting pula. Satu perjalanan yang amat berbeza kalau berada di dalam negara.

Booster untuk tahun 3 ni makin manis. Bila kita dah dekat untuk habiskan pengajian bagi ijazah sarjana muda. Niat di hati, nak sambung ke ijazah sarjana (master) . Mana taknya, untuk degree di Yarmouk ni bagi kos Ekonomi Perbankan Islam khasnya, masih kurang apa yang didedahkan kepada pelajar-pelajar. Kalau nak terus kerja, susah jugak lah. Tapi ada ramai ja senior-senior yang dapat tempat. And they are the one yang memang handal la.

Doakan saya, tinggal lagi satu sem pendek dan satu sem panjang di sini. Berjuang jauh dari keluarga ni banyak cabarannya. Lagi-lagi bila dengar khabar ayah yang disahkan menghidap kencing manis. Tuhan saja yang tahu betapa risaunya hati ini.

Tapi, as anak sulung, aku kena lawan perasan remeh ini. Fokus untuk buat yang terbaik dalam pelajaran dan hidup juga dalam dakwah dan tarbiah.

Untuk membumikan cita-cita dan impian umi untuk lihat anaknya ini memegang sijil Doktor Falsafah.

Iallah biizanillah